Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

04 April 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Air

Nombor Soalan

30

Soalan

​Dato’ Dr. Hj. Noor Azmi Bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan setakat manakah kajian telah dilakukan untuk mewujudkan projek pemindahan air dari Hulu Sg. Perak ke atas Tasek Bukit Merah yang dikatakan akan menyelesaikan masalah pengairan sawah padi di Daerah Kerian khususnya Parlimen Bagan Serai.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Program National Water Balance Management System (NAWABS) yang telah diluluskan dalam Rolling Plan 4 (RMKe-11) adalah termasuk skop kajian NAWABS Lembangan Sungai Perak, Sungai Kurau dan Sungai Kerian.
Program NAWABS Fasa 1 (2016 – 2020) dan Fasa 2 (2019 – 2022) yang dilaksanakan oleh Kementerian melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) akan menyediakan satu sistem maklumat yang mampu membuat ramalan dan amaran kemarau sumber air lebih awal iaitu ramalan 2 bulan dan amaran 14 hari kehadapan. Program ini sedang diperluaskan ke seluruh lembangan sungai di Malaysia termasuk di Sungai Perak, Sungai Kerian dan Sungai Kurau. Ketiga-tiga lembangan sungai di Negeri Perak ini akan dilaksanakan dalam NAWABS Fasa 2. Objektif program ini adalah membantu pihak Pengurusan Sumber Air Negeri dalam menyediakan ketersediaan maklumat sumber air secara real time.

Pelantikan perunding melalui tender dijangka pada bulan Jun 2019 untuk melaksanakan kajian NAWABS Lembangan Sungai Perak, Sungai Kurau dan Sungai Kerian. Kajian ini antaranya juga akan mengkaji kecukupan sumber air serta mengenalpasti potensi serta kesesuaian pemindahan air dari satu lembangan sungai ke lembangan sungai yang lain (inter-basin transfer).

Sekian, terima kasih.​

Attachments