Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

10 April 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Tanah

Nombor Soalan

23

Soalan

​Puan Maria Chin binti Abdullah [ Petaling Jaya ] minta MENTERI AIR TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan langkah penguatkuasaan undang-undang terhadap pemaju yang masih gagal untuk memohon pengeluaran geran hak milik strata kepada pembeli dan melanggar peruntukan Akta Hak Milik Strata (Pindaan) 2013

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Seksyen 8 Akta Hakmilik Strata 1985 memperuntukkan bahawa pemilik asal atau pemilik tanah yang gagal untuk memohon pengeluaran hakmilik strata dalam tempoh yang ditetapkan, maka pemilik asal tersebut adalah telah melakukan kesalahan.
Jika disabitkan kesalahan, pemilik asal boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 100,000 atau hukuman penjara tidak melebihi tiga (3) tahun.
Tindakan penguatkuasaan ke atas kegagalan memohon pecah bahagi bangunan atau tanah adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian Negeri masing-masing.

Sekian, terima kasih.​

Attachments