Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

10 April 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Air

Nombor Soalan

4

Soalan

​YBM JAWAB

YB DATO’ SRI BUNG MOKTAR BIN RADIN [KINABATANGAN] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan:
(b) adakah Kementerian berhasrat untuk menetapkan had harga siling air bagi setiap negeri; dan
(b) apakah justifikasi Kementerian terhadap cadangan untuk menaikkan tarif air di Malaysia.


Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian pada masa ini tidak berhasrat untuk menetapkan had harga siling air bagi setiap negeri. Malah dalam konteks Malaysia, perkara ini sukar dilaksanakan. Hal ini adalah kerana struktur dan komponen utama kos dalam penyediaan perkhidmatan air iaitu kos rawatan dan pengagihan air adalah berbeza mengikut negeri. Kos ini secara lazimnya akan meningkat saban tahun selari dengan peningkatan permintaan air bagi menyokong pembangunan ekonomi negara dan pertumbuhan penduduk dalam membawa Malaysia menjadi negara maju.

2. Cadangan pelarasan tarif melalui Tariff Setting Mechanism (TSM) bertujuan mengimbangi pelaburan dalam penyediaan bekalan air bagi memenuhi keperluan perkhidmatan bekalan air yang berkualiti kepada pengguna. TSM dalam konteks ini dapat memastikan operator air mempunyai kedudukan kewangan yang membolehkan mereka terus melabur bagi penyediaan perkhidmatan secara berterusan kepada rakyat Malaysia. Tarif air yang rendah pada masa ini tidak melambangkan kos sebenar penyediaan perkhidmatan bekalan air di mana telah menjejaskan prestasi perkhidmatan beberapa operator air, seperti di negeri Perlis dan Pahang. Tambahan lagi, kenaikan kos operasi tahunan tidak diimbangi dengan kenaikan tarif yang setara sekaligus meletakkan beberapa operator air dalam kedudukan kewangan yang sukar untuk memberikan perkhidmatan air yang berkualiti.

Sekian, terima kasih.​


Attachments