Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

09 April 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Air

Nombor Soalan

58

Soalan

​​Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah status terkini projek tebatan banjir Sungai Golok dan bilakah ianya dijangka siap.

Jawapan


Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan telah meluluskan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok (KESBAN) Fasa 1 untuk dilaksanakan oleh Kementerian Air, Tanah dan Sumber Air (KATS) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam RMKe-11 dengan siling kos projek sebanyak RM300 Juta. Projek PLSB Sungai Golok (KESBAN) Fasa 1 ini telah bermula pada 23 April 2018 dan dijangka siap pada tahun 2022. Pelaksanaan kerja-kerja di tapak adalah sebanyak 5% di mana kerja-kerja cerucuk bagi pembinaan gate di Kuala Jambu sedang dilaksanakan.

Sekian, terima kasih​

Attachments