Tuan Yang di-Pertua,
1. Skim Bekalan Air Mentah dari Sungai Perak (SPRWS) melibatkan dua komponen iaitu i) penyaluran air mentah dari Negeri Perak ke Negeri Pulau Pinang; dan ii) pembinaan loji rawatan air.
2. Bagi komponen penyaluran air mentah tersebut, Jabatan Bekalan Air akan melaksanakan satu kajian kemungkinan sumber air dan dijangka mengambil masa selama 9 bulan untuk disiapkan iaitu pada bulan September 2020. Manakala Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Perak akan berbincang mengenai cadangan pembinaan loji rawatan air secara usaha sama (joint venture) bagi membekalkan air terawat kepada Pulau Pinang.
3. Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) tidak akan meneruskan pelaksanaan Surcaj Penjimatan Air (WCS). Perkara ini telah diambil kira di dalam pelaksanaan Mekanisme Penetapan Tarif (TSM).
Sekian, terima kasih.