Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Air

Nombor Soalan

26

Soalan

Datuk Seri Dr. Adham bin Baba [ Tenggara ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah tindakan yang dilakukan untuk mengatasi banjir kilat di sekitar Kampung Lukut, Kampung Bukit Lintang dan Kampung Temenin dalam Parlimen Tenggara daerah Kota Tinggi kerana setiap kali hujan lebat yang berpanjangan akan berlakunya banjir di kawasan tersebut.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,
 
Bagi mengatasi masalah banjir kilat di sekitar Kampung Lukut, Kampung Bukit Lintang dan Kampung Temenin dalam Parlimen Tenggara daerah Kota Tinggi, kerja-kerja penyelenggaran terhadap Sungai Lalang dan saliran-saliran yang memasuki sungai berkenaan perlu dilaksanakan terutamanya ketika musim tengkujuh.
 
Kerja-kerja penyelenggaraan sistem saliran/ sungai adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan turut membantu menyalurkan peruntukan mengikut keutamaan dan kawasan-kawasan yang kritikal berdasarkan kepada permohonan daripada Negeri dan peruntukan yang sedia ada.
 
Bagi tahun 2018, Kerajaan telah menyalurkan sebanyak RM16.9 juta kepada Negeri Johor di bawah program pemuliharaan sungai untuk mengurangkan risiko banjir pelbagai negeri. Manakala bagi Parlimen Tenggara, sebanyak RM695,393.52 telah disalurkan.
 
Sekian, terima kasih
Attachments