Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

118

Soalan

Tuan Chan Ming Kai minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan berapa tunggakan terkini bagi bil Indah Water mengikut kategori dan setiap negeri.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


1. Untuk makluman ahli Dewan sekalian, sehingga 31 Disember 2018, jumlah tunggakan terkumpul bil perkhidmatan pembetungan Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) adalah sebanyak RM979.69 juta (termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tertunggak) atau hampir 11.66% daripada jumlah keseluruhan bil perkhidmatan pembetungan yang telah dibilkan kepada pengguna.


2. Berikut merupakan jumlah tunggakan sehingga 31 Disember 2018 mengikut kategori dan setiap negeri: ​

 3. Berdasarkan Jadual di atas, didapati kategori domestik merupakan penyumbang tertinggi dengan tunggakan terkumpul sebanyak RM587.80 juta atau 60% daripada jumlah tunggakan IWK. Secara keseluruhannya pula, sebanyak 1.4 juta daripada 3.9 juta akaun pengguna mempunyai bil tertunggak melebihi 12 bulan. Pada tahun 2018, kutipan pada tahun semasa pengebilan ialah 99.82% (termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST)).

4. Pada tahun 2018, sebanyak RM250.51 juta (termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tertunggak) telah berjaya dikutip daripada jumlah bil tertunggak kumulatif sehingga 31 Disember 2017. IWK akan terus berusaha mengebil dan mengutip tunggakan daripada pengguna-pengguna yang sedia ada.

Sekian, terima kasih

 

Attachments