Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

147

Soalan

TUAN CHOW KON YEOW [ TANJONG ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan perincikan perkembangan projek-projek penarafan berkaitan Empangan Mengkuang seperti mitigasi tapak-tapak tanah runtuh, menaik taraf Rumah Pam Mak Sulong (Fasa 2A) dan pemasangan saluran paip dari Rumah Pam Mak Sulong ke terusan Sungai Dua (Fasa 2B). Bilakah projek-projek berkaitan akan siap dan Empangan Mengkuang sedia untuk diserahkan kepada PBAPP.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,
 
Projek Pembesaran Empangan Mengkuang terbahagi kepada beberapa fasa. Fasa 1 melibatkan pembinaan Empangan dan kerja-kerja berkaitan telah siap pada 10 April 2017. Manakala Fasa 2A bagi menaik taraf Rumah Pam Mak Sulong dan kerja-kerja berkaitan telah siap pada 28 September 2017.
 
Fasa 2B iaitu Kerja-kerja Penyaluran Air Mentah dari Stesen Pam Mak Sulong ke Terusan Sungai Dua pula sedang dalam proses pengambilan balik tanah. Daripada 77 lot yang terlibat, 64 lot telah selesai dan baki 13 lot masih dalam tindakan. Selain itu, kerja-kerja pembaikan cerun akibat tanah runtuh telah bermula dan dijangka siap pada Mei 2019.
 
Lanjutan daripada penyiapan Fasa 1 dan Fasa 2A, Kementerian telah bersedia untuk menyerahkan Empangan Mengkuang dan Rumah Pam Mak Sulong secara rasmi kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang namun sehingga kini pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang belum bersedia untuk menerimanya.
 
Sekian, terima kasih
Attachments