Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

25 April 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Tanah

Nombor Soalan

91

Soalan

PUAN NURIDAH BINTI MOHD SALLEH minta MENTERI AIR TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah tanah rizab Melayu yang wujud sehingga hari ini mengikut negeri dan apakah tindakan ke atas tanah-tanah yang telah hilang status tanah rizab Melayu

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Urusan Tanah Rizab Melayu terletak di bawah bidang kuasa negeri sepertimana yang disenaraikan dalam butiran 2(b) Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan selaras dengan pembahagian bidang kuasa perundangan yang ditetapkan dalam Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan.
Peranan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli sebagaimana yang termaktub dalam Seksyen 8, Kanun Tanah Negara, ialah untuk memberi nasihat dan menyelaraskan isu-isu yang berhubung dengan tanah. Dalam konteks ini, tugas JKPTG ialah membantu kerajaan negeri mengemaskini data Tanah Rizab Melayu (TRM).
Oleh yang demikian, maklumat terperinci berhubung keluasan TRM bagi negeri-negeri lebih sesuai dibangkitkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri yang berkenaan.

Bagi urusan yang berkaitan dengan tindakan yang dilaksanakan ke atas tanah-tanah yang telah hilang status Tanah Rizab Melayu, Majlis Tanah Negara yang ke-69 pada tahun 2013 telah memutuskan bahawa sebuah pangkalan data diwujudkan bagi memastikan data Tanah Rizab Melayu diselaraskan dengan teratur. Tanah Rizab Melayu dilindungi di bawah peruntukan 89 Perlembagaan Persekutuan di mana semua pihak terutamanya kerajaan negeri yang berkaitan harus melaksanakan
prosedur gantian semula Tanah Rizab Melayu sekiranya berlaku sebarang pembatalan.

Di samping itu, satu Jawatankuasa Pemandu di peringkat Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli telah diwujudkan untuk menyelaras pengurusan data Tanah Rizab Melayu dan menjadi platform perbincangan antara negeri-negeri dan persekutuan untuk membincangkan isu-isu berkaitan pengurusan Tanah Rizab Melayu dan perkongsian maklumat serta contoh amalan terbaik negeri-negeri.

Sekian, terima kasih.​


Attachments