Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

29 April 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Air

Nombor Soalan

7

Soalan

Tuan Suresh Singh A/L Rashpal Singh minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah peruntukan yang disalurkan kepada Negeri Selangor untuk membaik pulih sistem perparitan dan sungai untuk mengatasi masalah banjir di Negeri Selangor.

Jawapan

​YBTM JAWAB

Tuan Yang di-Pertua,

Peruntukan yang diluluskan oleh Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS) bagi tahun 2019 kepada Negeri Selangor melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) bagi mengatasi masalah banjir adalah berjumlah RM16.9 Juta bagi pelaksanaan lima (5) projek berikut :

1) Projek Penstabilan Tebing Sungai Aur, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan (Fasa 1)

2) Pembinaan Sistem Saliran Mesra Alam Di Kawasan Operasi Pelabuhan Klang Dan Sekitarnya

3) Pemuliharaan Serta Pengindahan Kolam Takungan Banjir Sungai Damansara

4) Rancangan Tebatan Banjir Sungai Buloh, Selangor

5) Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 1, Selangor

Di bawah Program Pemuliharaan Sungai Untuk Mengurangkan Risiko Banjir peruntukan RM1.925 juta telah disalurkan kepada Negeri Selangor bagi pelaksanaan kerja-kerja untuk mengurangkan risiko banjir di Negeri Selangor.

Sekian, terima kasih​


Attachments