Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

29 April 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Air

Nombor Soalan

68

Soalan

Datuk Razali Bin Idris minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan bilakah perlaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu di Terengganu yang dengan anggaran kos RM577 juta.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Di bawah RMKe-11, jumlah siling kos Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) yang diluluskan bagi Negeri Terengganu adalah sebanyak RM382 juta. Bagi tahun 2019, peruntukan sebanyak RM18 juta telah diluluskan bagi pelaksanaan projek-projek berkenaan. Peruntukan ini adalah anggaran keperluan aliran tunai projek bagi tahun 2019 yang antaranya merangkumi peruntukan bagi pelantikan perunding reka bentuk terperinci, pelantikan perunding kerja ukur dan penyiasatan tanah serta tender kerja.

Berikut adalah status projek-projek berkenaan :

1) Projek Tebatan Banjir Guntung Luar, Setiu, Terengganu – dalam penyediaan Dokumen Tender.

2) RTB Kemasik - Proses mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Tanah Daerah (JKTD) bagi pengambilan tanah yang sedang dilaksanakan.

3) Projek Tebatan Banjir Gong Kiat, Kuala Terengganu - dalam proses tender.

4) Projek Tebatan Banjir Kuala Terengganu Utara (UMT) dan Kawasan Sekitar, Terengganu - dalam proses lantikan perunding reka bentuk terperinci.

5) Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kemaman, Terengganu – Reka bentuk terperinci sedang dilaksanakan.

Sekian, terima kasih​

Attachments