Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

29 April 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

91

Soalan

Datuk Lim Pay Hen minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan (a) secara jelas adakah keputusan Kementerian untuk melakukan pelarasan ke atas kadar tarif air domestik dan komersial hasil perbincangan serta persetujuan daripada kerajaan negeri; dan
(b) berapakah kadar kenaikan harga tarif air yang telah dikenal pasti oleh Kementerian memadai untuk menampung perbelanjaan operasi (OPEX) yang semakin tinggi.


Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Sesi konsultasi bagi cadangan pelaksanaan Mekanisme Penetapan Tarif Air (Tariff Setting Mechanism) atau ringkasnya TSM dengan operator air dan kerajaan negeri di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan telah selesai dilaksanakan. Secara umumnya, kerajaan negeri memberikan maklum balas positif terhadap pelaksanaan TSM yang mana mereka tidak menolak rasional kenaikan tarif air kerana memahami faktor-faktor peningkatan kos perbelanjaan operasi serta kos pembangunan infrastruktur. Namun, pada masa yang sama, terdapat segelintir kerajaan negeri yang berpandangan bahawa operator air seelok-eloknya mempertingkatkan kualiti perkhidmatan terlebih dahulu khususnya mengurangkan gangguan bekalan air dan meningkatkan kualiti air bersih sebelum melaksanakan sebarang pelarasan kadar tarif air.

2. Sehubungan itu, Kementerian bercadang untuk melaksanakan pelarasan kadar tarif air melalui TSM secara berperingkat yang bermula pada tahun ini bagi 6 buah negeri yang telah memberikan persetujuan. Manakala, bagi negeri-negeri yang masih belum memberikan persetujuan sehingga, Kementerian akan meneruskan perbincangan bagi mencari jalan terbaik ke arah memastikan kemampanan industri bekalan air di negeri-negeri berkenaan dalam memastikan rakyat terus menikmati bekalan air yang berkualiti dan cekap.

3. Tuan Yang di-Pertua, kadar kenaikan tarif air di setiap negeri adalah berbeza dengan mengambilkira keperluan industri perkhidmatan bekalan air yang berbeza-beza di setiap negeri. TSM dalam konteks ini dapat memastikan operator air mempunyai kedudukan kewangan yang membolehkan mereka terus melabur bagi penyediaan perkhidmatan secara berterusan kepada rakyat Malaysia. Tarif air yang rendah pada masa ini tidak melambangkan kos sebenar penyediaan perkhidmatan bekalan air di mana telah menjejaskan prestasi perkhidmatan beberapa operator air, seperti di negeri Perlis dan Pahang. Tambahan lagi, kenaikan kos operasi tahunan tidak diimbangi dengan kenaikan tarif yang setara sekaligus meletakkan beberapa operator air dalam kedudukan kewangan yang sukar untuk memberikan perkhidmatan air yang berkualiti.

Sekian, terima kasih.​

Attachments