Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

30 April 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

JUPEM

Nombor Soalan

31

Soalan

Datuk Sr. Haji Hanafi bin Haji Mamat minta MENTERI minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah Kementerian bercadang utk meminda Akta Juruukur Tanah Berlesen 1958 utk memasukan kerja-kerja ukur kejuruteraan, hidrografi, pemetaan utiliti bawah tanah dan pemetaan melalui udara diletak di bawah kawalan Akta tersebut memandangkan aktiviti-aktiviti tersebut tidak di kawal oleh mana-mana akta.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli melalui Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) sedang melaksanakan kajian bagi menggubal Draf Rang Undang-Undang Ukur dan Pemetaan yang meliputi semua urusan yang berkaitan dengan ukur dan pemetaan seperti pengutipan data dan sebagainya. RUU ini akan dijadikan sebagai akta induk kepada mana-mana perundangan yang berkaitan seperti pemetaan utiliti yang memerlukan penganalisaan bawah tanah yang berkaitan dengan aspek perundangan.

Kajian ini akan turut melihat kepada pertindihan akta dan undang-undang sedia ada di Malaysia supaya RUU ini menjadi perundangan yang komprehensif dan mekanisme yang merangkumi penyeliaan ukur, pengawalan pengukuran, peraturan-peraturan dan entiti berkaitan dengan aktiviti pengukuran di Malaysia.

Sehubungan itu, Kementerian akan mengkaji keperluan untuk meminda Akta Juruukur Tanah Berlesan 1958 supaya ianya selari dan selaras dengan RUU Ukur dan Pemetaan. Dalam hal ini, Kementerian mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat.

Sekian, terima kasih.​

Attachments