Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

30 April 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Air

Nombor Soalan

77

Soalan

Tuan Aknan Ehtook minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan langkah yang diambil bagi menangani pencemaran sungai akibat dari pembuangan sampah dan sisa buangan kilang di sungai-sungai seluruh negara. Sejauh manakah sasaran yang ditetapkan itu tercapai dan apakah cadangan penambahbaikan yang dirancang.

Jawapan

​​

Tuan Yang di-Pertua,

Isu berkenaan dengan pencemaran sungai akibat dari pembuangan sampah dan sisa buangan kilang di sungai-sungai seluruh Negara melibatkan beberapa Kementerian atau agensi, antaranya adalah :

1) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

2) Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC)

3) Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS)

4) Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Isu yang berkaitan dengan sungai yang melibatkan KATS antaranya adalah isu runtuhan tebing dan loji rawatan air.

Antara punca-punca pencemaran sungai adalah terdiri daripada punca tetap seperti pelepasan effluen dan kumbahan. Ini disebabkan oleh industri-industri serta loji pengolahan kumbahan yang tidak diselenggara dengan baik. Punca tidak tetap seperti air larian dari guna tanah pertanian, ternakan, kediaman, perdagangan, perniagaan, industri dan pembalakan yang menyumbang kepada pencemaran sungai.
Perkara berkaitan dengan pengurusan sumber air terletak di bawah bidang kuasa negeri selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Setiap negeri mempunyai perundangan berkaitan sumber air yang tersendiri termasuk hal-hal berkaitan dengan larangan pencemaran di kawasan sumber air.

Walau bagaimanapun, KATS akan mengesyorkan tindakan bersepadu antara JAS, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain untuk memeriksa dan mengkaji kaedah terbaik bagi mengurangkan punca pencemaran daripada premis-premis komersial seperti pasar basah, restoran, pusat basuhan kereta dan juga ladang-ladang penternakan.

Dalam usaha memulihara sungai, perlu untuk kita mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan sungai dan impak yang bakal dihadapi sekiranya pencemaran sungai terus berlaku.
Selain daripada peranan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, KATS berpandangan pihak-pihak berkepentingan lain juga boleh terlibat dalam usaha memelihara dan memulihara kualiti air sungai. Contohnya adalah dengan memperkenalkan program sukarela river rehabilitation bersama pihak NGO, persatuan masyarakat yang berada di lembangan sungai berkenaan, entiti komersial dan lain-lain supaya dapat mewujudkan sense of belonging terhadap sungai di kawasan mereka.

Sekian, terima kasih


Attachments