Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

06 May 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

JUPEM, Air

Nombor Soalan

46

Soalan

Datuk Ng Chiang Chin minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk menaikkan tarif air pada tahun ini.

Jawapan


Tuan Yang di-Pertua,

1. Cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk melaksanakan Mekanisme Penetapan Tarif Air (Tariff Setting Mechanism) atau ringkasnya TSM adalah bertujuan untuk mewujudkan mekanisme penetapan tarif air yang sistematik, telus serta adil bagi manfaat kita semua. TSM mempunyai dua ciri penting di mana ciri pertama ialah penyeragaman struktur tarif sedia ada, dan ciri kedua ialah pelarasan tarif sedia ada agar ia tidak terlalu jauh berbanding dengan kos sebenar penyediaan perkhidmatan bekalan air.

2. Dalam menetapkan kadar tarif air baharu di bawah TSM yang dijangka akan dilaksanakan pada akhir tahun ini, Kerajaan mengambilkira kepentingan serta hak golongan berpendapatan rendah terhadap akses kepada bekalan air. Oleh itu, pelarasan tarif yang dicadangkan adalah minimum iaitu melibatkan kenaikan antara 0.06 sen hingga 0.71 sen bagi setiap 1,000 liter penggunaan. Kadar ini secara umumnya jauh lebih rendah
jika dibandingkan dengan bayaran utiliti lain seperti elektrik, gas dan telekomunikasi.

3. Sebagai menjamin pelaksanaan TSM tidak membebankan isi rumah berpendapatan rendah (B40), Kerajaan akan memastikan kenaikan minimum dilakukan kepada jalur penggunaan antara 0 - 20 meter padu, di mana mewakili 47.8% pengguna domestik di Malaysia. Dalam pada itu, cadangan TSM ini juga mengambilkira keperluan untuk mendidik pengguna agar menggunakan air secara berhemah dan penjagaan alam sekitar. Oleh itu, adalah adil sekiranya kadar tarif lebih tinggi dikenakan bagi julat penggunaan air lebih tinggi (> 35 meter padu) dan bagi pengguna komersial.

Sekian, terima kasih.​

Attachments