Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

06 May 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

13

Soalan

Tuan Haji Husam Bin Musa minta MENTERI Air, Tanah dan Sumber Asli menyatakan keluasan hutan simpan yang telah dijadikan ladang komersial di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dan kesannya kepada pencemaran sungai, alam sekitar dan kehidupan masyarakat setempat.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Tiada ladang komersial dibenarkan di dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Semenanjung Malaysia kecuali ladang hutan. Penubuhan projek ladang hutan di negeri-negeri adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri selaras dengan Perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan melalui perjanjian di antara kerajaan negeri dan syarikat/pengusaha ladang hutan yang diluluskan.

Majlis Tanah Negara (MTN) pada tahun 2012 telah meluluskan kawasan seluas 439,189 hektar kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) sebagai Zon Pembangunan Ladang Hutan di Semenanjung Malaysia. Kawasan yang diluluskan ini adalah kurang daripada lima (5) peratus daripada jumlah keluasan hutan asli dalam HSK.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, secara umumnya, pembukaan tanah jika tidak dirancang, diuruskan dan dikawal dengan baik boleh menyebabkan pencemaran sungai dengan peningkatan kelodakan dalam sungai dan boleh juga meyebabkan sungai menjadi cetek dan menyumbang kepada banjir.

Berdasarkan kepada pemantauan kualiti air sungai tahun 2018, 6% daripada 638 sungai yang dipantau seluruh Malaysia berada dalam Kelas IV dan V berdasarkan sub-indeks Pepejal Terampai yang berkaitan dengan kelodakan.

Sekian, terima kasih.​

Attachments