Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

06 May 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Air

Nombor Soalan

19

Soalan

​Datuk Hj. Bashir bin Hj. Alias minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah langkah yang telah dan akan diambil bagi mengatasi masalah hakisan pantai di Wilayah Persekutuan Labuan.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang melaksanakan Kerja Mencegah Hakisan di Wilayah Persekutuan Labuan di bawah peruntukan Hakisan Pantai Pelbagai Negeri bagi mengatasi masalah hakisan pantai di Wilayah Persekutuan Labuan. Kerja-kerja reka bentuk sedang dilaksanakan di mana kerja-kerja fizikal di tapak dijangka akan mula dilaksanakan pada tahun 2020.

Sekian, terima kasih​


Attachments