Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

06 May 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Air

Nombor Soalan

96

Soalan

Datuk Rabiyah binti Ali minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah litupan hutan di seluruh negara serta berapakah keluasan kawasan konsesi pembalakan yang direkodkan sehingga Mac 2019 di Semenanjung Malaysia

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman, sehingga tahun 2016, kawasan tanah negara yang dilitupi dengan kawasan berhutan adalah sebanyak 55.2%. Catuan Tebangan Tahunan yang telah diluluskan di bawah Majlis Tanah Negara untuk Rancangan Malaysia ke Sebelas adalah sebanyak 209,440 hektar. Sehingga Mac 2019, kawasan seluas 117,617 hektar telah diusahasil dimana ia masih berada di bawah paras Catuan Tebangan Tahunan yang telah ditetapkan.

Sekian, terima kasih​

Attachments