Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

07 May 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Tanah

Nombor Soalan

31

Soalan

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan cadangan pindaan undang-undang tanah memperkenalkan prinsip 'adverse possession' agar ianya dapat bersesuaian dan memihak kepada peneroka-peneroka bandar dan pendudukan di kampung secara tradisi dan tidak berdaftar

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan tidak bercadang untuk membuat pindaan undang-undang berdasarkan kepada prinsip ‘adverse posession’ kerana kaedah ini memberi peluang kepada penyalahgunaan undang-undang oleh mana-mana pihak seperti fraud yang merumitkan proses pemantauan pemilikan tanah oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pada masa kini, Kerajaan telah mengunapakai prinsip torrent daripada sistem tanah Australia dan diseragamkan dengan undang-undang tanah sedia ada (Kanun Tanah Negara). Melalui prinsip ini, pendudukan sedia ada oleh pihak Kerajaan atau mana-mana pihak tanpa pemilikan yang sah (adverse posession) adalah tidak diiktiraf.

Dalam hal ini, pengunaan sistem pendaftaran dokumen hakmilik merupakan sumber maklumat utama bagi keterangan pemilikan (conclusive evidence) sebidang tanah dan juga menjadi rujukan kepada pendaftaran urusan tanah yang berkaitan.

Sekian, terima kasih.​

Attachments