Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

07 May 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

90

Soalan

Datuk Mohan a/l Thangarasu minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah pendirian Kementerian terhadap pencerobohan kebun petani di Kuala Terla, Cameron Highlands.

Jawapan


Tuan Yang di-Pertua,

Lesen Pendudukan Sementara atau Temporary Occupation Licence dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah Kanun Tanah Negara 1965 yang mana tempoh sah laku adalah satu tahun kalendar (tamat pada penghujung tahun kalendar).
Sekiranya tanah-tanah ini difikirkan tidak lagi sesuai untuk diberi Lesen Pendudukan Sementara atas alasan tertentu, maka Kerajaan Negeri berhak untuk tidak lagi menyambung Lesen Pendudukan Sementara tersebut walaupun Lesen Pendudukan Sementara untuk tujuan pertanian telah lama diberikan. Justeru, pemegang lesen akan hilang hak untuk menduduki tanah tersebut. Seterusnya tindakan penguatkuasaan boleh diambil kerana menduduki tanah Kerajaan tanpa sah di bawah seksyen 425 Kanun Tanah Negara.

Dalam hal ini, tempoh sah laku Lesen Pendudukan Sementara kebun petani di Kuala Terla telahpun tamat pada tahun 2013. Sehubungan dengan itu, pendudukan tanah tapak kebun petani tersebut tidak lagi sah dari segi perundangan. Pihak Berkuasa Negeri boleh mengambil tindakan penguatkuasaan walaupun tapak kebun tersebut masih ada tanaman. Walau bagaimanapun Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli berpandangan notis dalam tempoh masa yang munasabah perlu diberikan oleh Pihak Berkuasa Negeri kepada pengusaha kebun petani
bagi membolehkan pengusaha-pengusaha ini berpindah keluar dari kawasan tersebut.

Sekian , terima kasih

Attachments