Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

08 May 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

22

Soalan

​YB Senator Tuan Kamarudin Bin Abdun minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah Kementerian sedar bahawa hutan simpan kekal berterusan dicerobohi. Apakah dasar dan polisi Kerajaan kerana terbukti penguatkuasaan gagal membanteras aktiviti-aktiviti penerokaan secara haram.

Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,

Perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa urusan berkaitan tanah adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) memandang serius isu penerokaan haram yang melibatkan Hutan Simpanan Kekal (HSK). Pada masa ini penjenayah yang melakukan pembalakan haram atau kesalahan hutan boleh didakwa berdasarkan Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313].

Sejak 2006, JPSM telah mewujudkan enam (6) Standard Operating Procedure (SOP) yang melibatkan skop penguatkuasaan dan perundangan melalui Pekeliling Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (KPPSM) bagi mengawal dan membendung penerokaan haram dalam HSK.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, di bawah Perlembagaan Persekutuan, hutan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri yang mempunyai hak mutlak ke atas hasil hutan. Bidang kuasa KATS iaitu melalui JPSM adalah dalam memberikan nasihat teknikal mengenai pengurusan dan pembangunan hutan, menjalankan penyelidikan dan khidmat latihan serta menggalakkan industri berasas kayu dan perdagangan kepada Kerajaan Negeri melalui Pengarah Perhutanan Negeri masing-masing.Kerajaan Negeri boleh menerima nasihat profesional dan teknikal yang dikemukakan oleh Ketua Pengarah Perhutanan untuk pelaksanaan Dasar Perhutanan Negara.

Sekian, terima kasih.


Attachments