Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

08 May 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

28

Soalan

Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah status pengintegrasian caj pembetungan di dalam satu bil air di seluruh negara agar masalah tunggakan caj pembetungan IWK dapat dimuktamadkan dengan cekap.

Jawapan

​​​

Tuan Yang di-Pertua,

1. Pada masa ini, Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) mengenakan dan mengutip caj perkhidmatan pembetungan selaras dengan seksyen 86 Akta 655. Akta ini juga membenarkan pengebilan bersepadu, dengan izin joint billing, antara bil bekalan air dan pembetungan. Hasrat bagi pelaksanaan pengebilan bersepadu ini juga turut disasarkan di dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11).

2. Projek Perintis Bil Bersepadu telah dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Labuan pada 1 Mac 2016 di mana bil bersepadu pertama telah dikeluarkan pada 1 April 2016. Pelaksanaan projek ini memberikan kesan yang positif di mana terdapat peningkatan dalam kadar kutipan iaitu dari 87 peratus pada tahun 2015 kepada 90 peratus pada tahun 2018.

3. Berdasarkan kejayaan projek perintis di Labuan, Kementerian ini berhasrat untuk memperluaskan pelaksanaan pengebilan bersepadu secara berfasa ke negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia. Beberapa siri perbincangan telah diadakan bersama Kerajaan Negeri dan operator-operator air bagi memperkenalkan cadangan pengebilan bersepadu ini. Tarikh pelaksanaan masih belum dimuktamadkan lagi.

4. Melalui pengebilan bersepadu ini, proses pembayaran bil bekalan air dan pembetungan menjadi lebih mudah dan efisien. Ia secara tidak langsung membantu IWK mengutip tunggakan bil pembetungan ke atas perkhidmatan yang telah diberikan kepada pengguna.

Sekian, terima kasih.​


Attachments