Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

08 May 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Air

Nombor Soalan

37

Soalan

Datuk John Ambrose minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan usaha bersepadu untuk menangani masalah perparitan dan saliran di luar bandar khususnya di Penampang Sabah untuk mengatasi masalah banjir yang merugikan rakyat berjuta-juta ringgit setiap tahun.

Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) telah dan sedang berusaha merangka langkah-langkah jangka pendek dan jangka panjang bagi mengurangkan risiko banjir dan kesan akibat banjir di seluruh Negara. Bagi langkah jangka pendek, JPS melaksanakan kerja-kerja pembersihan sungai melalui peruntukan Negeri dan Persekutuan. Manakala pelaksanaan kerja-kerja tebatan banjir adalah sebagai langkah jangka panjang.

Bagi mengurangkan risiko banjir di sebahagian kawasan Penampang, Kerajaan telah meluluskan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Moyog untuk dilaksanakan oleh KATS melalui JPS dalam RMKe-11 dengan siling kos projek sebanyak RM281 Juta.

Sekian, terima kasih


Attachments