Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

08 May 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

77

Soalan

YB SENATOR DATO' CHAI KIM SEN minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah Kementerian akan mempertimbangkan cadangan untuk mengkaji semula kelulusan lesen konsesi pembalakan kepada syarikat pembalakan sebagai usaha untuk memelihara dan memulihara hutan simpanan.

Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan menyambut baik cadangan yang diberikan oleh Ahli Yang Berhormat, namun, Perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa urusan berkaitan tanah adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri juga mempunyai kuasa untuk mengeluarkan lesen mengambil hasil hutan daripada Hutan Simpanan Kekal sebagaimana peruntukan seksyen di bawah Bab 2-Lesen, Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313].

Sekian, terima kasih.


Attachments