Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

09 May 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Air

Nombor Soalan

89

Soalan

Datuk Haji Abidullah Bin Salleh minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan mengenai masalah pencemaran terutamanya sampah yang telah mencapai tahap yang membimbangkan di sungai-sungai di negara kita. Adakah Kementerian bercadang untuk membawa masuk teknologi moden dari luar negara bagi menangani masalah ini.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Tanggungjawab bagi menangani isu pencemaran sungai melibatkan beberapa kementerian/agensi misalnya, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS).

Perkara berkaitan dengan pengurusan sumber air terletak di bawah bidang kuasa negeri selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Setiap negeri mempunyai perundangan berkaitan sumber air yang tersendiri termasuk hal-hal berkaitan dengan larangan pencemaran di kawasan sumber air.

Kawalan diperingkat punca adalah lebih berkesan daripada pelaksanaan kerja-kerja pembersihan sungai bagi menangani masalah pencemaran sungai. Penggunaan teknologi moden tidak dapat menyelesaikan isu pencemaran sungai sekiranya orang ramai/masyarakat tidak mengubah minda berkenaan dengan sungai sebagai tempat pembuangan sampah dan tiada penguatkuasaan yang tegas dilaksanakan.

Selain daripada itu, KATS melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga melaksanakan pendekatan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu/ Integrated River Basin Management (IRBM). Ia merupakan kaedah terbaik yang memerlukan penglibatan semua pihak berkepentingan bagi mencapai objektif iaitu Memastikan Air Mencukupi, Memastikan Air Bersih, Mengurangkan Risiko Banjir dan Meningkatkan Pemuliharaan Alam
Sekitar. Melalui pelan IRBM ini, kementerian telah menyediakan perancangan dan pembangunan lembangan untuk rujukan kerajaan negeri dalam sesuatu pembangunan agar tidak mengancam kelestarian alam sekitar.

Sekian, terima kasih


Attachments