NO SOALAN : 192
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Bagi menghadapi kejadian banjir, pihak kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia sedang melaksanakan tindakan pemantauan berterusan secara online melalui Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) dengan memantau status semasa curahan hujan dan aras air sungai utama seluruh Malaysia melalui laman sesawang www.publicinfobanjir.water.gov.my.
Pemantauan secara langsung ini dengan kerjasama daripada lain-lain agensi seperti MetMalaysia, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta JPS Negeri akan dapat meningkatkan keupayaan hebahan supaya dapat memberi tempoh masa yang mencukupi untuk penduduk dan agensi yang bertanggungjawab melaksanakan tindakan dan persediaan awal dalam menghadapi banjir.
Bagi mengatasi masalah banjir di Maran, Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Maran - Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Bandar Maran, Daerah Maran, Pahang dengan anggaran kos sebanyak RM20 juta akan dipohon dalam Rolling Plan 4 (2020) RMKe-11.
Sekian, terima kasih