Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

205

Soalan

SOALAN NO. 205

Dato' Haji Jalaluddin bin Haji Alias [Jelebu] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah usaha yang telah dilaksanakan oleh Kementerian bagi mengekang aktiviti pembukaan dan pembangunan ladang hutan secara haram dan berapakah jumlah tangkapan yang telah dibuat sepanjang 5 tahun terakhir ini di Semenanjung Malaysia.


Jawapan

SOALAN NO. :205

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah mengambil beberapa langkah bagi mengawal pembukaan kawasan ladang hutan seperti;

(a) Menghadkan keluasan zon pembangunan ladang hutan kepada 439,189 hektar bagi seluruh Semenanjung Malaysia. Pecahan zon ini telah diluluskan oleh Majlis Tanah Negara (MTN) yang ke-68 iaitu pada tahun 2012 sepertimana di Jadual 1;

 

(b) Menguatkuasakan Pekeliling Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia Bil. 1/2010: Panduan Penilaian Ke Atas Kawasan Dalam Hutan Simpanan Kekal yang dipohon untuk Pembangunan Ladang Hutan di mana keutamaan diberi kepada kawasan hutan simpanan kekal yang berstatus miskin dan terosot sama ada disebabkan pencerobohan mahupun kejadian kebakaran dan serangan perosak serta jangkitan penyakit; dan

 

(c) Menguatkuasakan ketetapan penyediaan dan kelulusan Kajian Impak Alam Sekitar mengikut ketetapan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1985 dan Perintah Kualiti Alam Sekeliling 2015 dalam semua kelulusan penubuhan ladang hutan dalam Hutan Simpanan Kekal.

 

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua juga, KATS telah mengesan aktiviti pembukaan kawasan di dalam Hutan Simpanan Kekal secara haram bagi tujuan pembangunan ladang hutan dari tahun 2015 sehingga 2018 dengan sejumlah 30 tangkapan telah dibuat berdasarkan Seksyen 81 (1) (e) Akta Perhutanan Negara 1984 (APN 1984) [Akta 313] seperti di Jadual 2 dan Jadual 3 adalah hasil siasatan dan hukuman yang dikenakan ke atas 30 tangkapan.

Sekian, terima kasih.​


Attachments