Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

263

Soalan

​SOALAN NO. 263

YB DATO' MANSOR OTHMAN [NIBONG TEBAL] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan status cadangan Kementerian menaikkan tarif air di setiap negeri dan apakah jaminan Kementerian kenaikan tarif air tidak akan membebankan rakyat khususnya isi rumah yang berpendapatan rendah.


Jawapan

​SOALAN NO. 263

JAWAPAN

Tuan Yang Dipertua,

1. Cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk melaksanakan Mekanisme Penetapan Tarif Air (Tariff Setting Mechanism) atau ringkasnya TSM adalah bertujuan untuk mewujudkan mekanisme penetapan tarif air yang sistematik, telus serta adil bagi manfaat kita semua. TSM mempunyai dua ciri penting. Ciri pertama ialah penyeragaman struktur tarif sedia ada, dan ciri kedua ialah pelarasan tarif sedia ada agar ia tidak terlalu jauh berbanding dengan kos sebenar penyediaan perkhidmatan bekalan air.

 

2. Sesi konsultasi dengan operator air dan kerajaan negeri telah diadakan bagi memberi penjelasan mengenai cadangan TSM dengan mengambilkira keperluan industri perkhidmatan bekalan air yang berbeza di setiap negeri. Pada masa ini Kementerian sedang mengadakan proses konsultasi dengan pengguna domestik dan pengguna bukan domestik. Hasil konsultasi ini kelak akan dijadikan input penting bagi pertimbangan Kerajaan dalam menentukan pelaksanaan TSM. Pada masa yang sama hebahan pelaksanaan TSM juga dibuat melalui pelbagai saluran media sosial, media cetak dan media elektronik. 


Attachments