Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2019

Kategori

JUPEM

Nombor Soalan

282

Soalan

SOALAN NO. 282

Dr. Michael Teo Yu Keng [ Miri ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan nyatakan status projek pemecah ombak di pantai Tanjong Batu 1, Miri dan berapakah peruntukan yang telah diluluskan untuk projek tersebut dan bilakah projek itu dijadualkan akan siap.​


Jawapan

​SOALAN NO. 282

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Kg Batu 1, Kuala Baram, Miri telah diluluskan dengan siling kos projek sebanyak RM25 juta dalam RMKe-11. Kerja-kerja reka bentuk terperinci sedang dilaksanakan dan kerja-kerja fizikal di tapak di jangka akan siap dilaksanakan pada tahun 2021.

Sekian, terima kasih.


Attachments