Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Mineral & Geosains

Nombor Soalan

341

Soalan

PERTANYAAN : BERTULIS

DARIPADA : YB TUAN NOOR AMIN BIN AHMAD

[KANGAR]

SOALAN NO. 341

Minta Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli menyatakan apakah rasional perlombongan bauksit diteruskan. ​


Jawapan

​SOALAN NO. 341

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab untuk memastikan pembangunan mineral dilaksanakan secara mapan dan lestari melalui penambahbaikan peraturan, prosedur, garis panduan yang berkaitan dengan aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit bagi menjadikan industri perlombongan lebih teratur, berkesan dan memberikan penekanan terhadap kesejahteraan penduduk serta alam sekitar.

Bagi memenuhi tujuan ini, satu dokumen SOP Perlombongan dan Pengeksportan Bauksit telah dirangka sebagai panduan kepada penggiat industri dan juga pihak-pihak berkuasa. SOP ini akan mengenakan syarat-syarat yang ketat merangkumi seluruh rantaian aktiviti perlombongan bermula dari Permohonan Pajakan Melombong atau Lesen Melombong Tuan Punya yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri, Pengurusan Tapak Melombong, Pengangkutan Keluar sehinggalah Pengurusan Stockpile di pelabuhan demi memelihara kemampanan industri perlombongan dan kesejahteraan penduduk serta perlindungan alam sekitar.

Pembayaran royalti mineral kepada Kerajaan Negeri Pahang hasil dari aktiviti perlombongan bauksit telah ditetapkan di bawah Enakmen Mineral 2001 (Pahang). Ia merupakan salah satu sumber pendapatan kepada Kerajaan Negeri Pahang dan secara tidak langsung industri ini juga dapat merancakkan lagi rantaian ekonomi penduduk setempat khususnya di Kuantan dan negeri Pahang amnya.

Di samping itu, perlombongan bauksit dapat mengelakkan pemajiran sumber mineral bauksit yang mempunyai permintaan berdasarkan kepada harga semasa dan kehendak pembeli.

Sebelum dikenakan moratorium terhadap aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit, hasil langsung royalti mineral bauksit kepada Kerajaan Negeri Pahang pada tahun 2014 adalah sebanyak RM7.7 juta dan tahun 2015 sebanyak RM47.8 juta. Seterusnya, moratorium mula berkuat kuasa mulai 15 Januari 2016.

Sekian, terima kasih.


Attachments