Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

343

Soalan

​PERTANYAAN : BERTULIS

DARIPADA : TUAN NOOR AMIN BIN AHMAD [ KANGAR ]

TARIKH :

SOALAN NO. 343

TUAN NOOR AMIN BIN AHMAD [ KANGAR ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah rancangan Kementerian untuk mengatasi masalah bekalan air yang cukup serius di negeri Perlis dan bilakah ia dijangka dapat ditangani sepenuhnya. 2 


Jawapan

​SOALAN NO. 343

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Secara amnya, Negeri Perlis menghadapi masalah bekalan air dari aspek loji rawatan air (LRA) beroperasi melebihi kapasiti rekabentuk, rezab margin yang negatif, dan kedudukan kewangan syarikat air negeri yang tidak mampan.

 

2. Untuk membantu negeri Perlis mengatasi masalah bekalan ini, Kerajaan Persekutuan telah mengambil beberapa pendekatan seperti berikut:

 

(i) menyalurkan peruntukan secara geran sebanyak RM41 juta bagi pelaksanaan kerja-kerja mitigasi melibatkan pembinaan loji pakej di LRA Timah Tasoh, penggantian pam air bersih di LRA Arau Fasa I, II, III dan IV. Kerja-kerja pembinaan ini dijangka bermula pada Jun 2019;

(ii) peruntukan secara pinjaman berjumlah RM106 juta bagi pembaikan dan naiktaraf kesemua LRA di Perlis. Keseluruhan projek ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2021; dan

 

(iii) meluluskan peruntukan geran sebanyak RM50.5 juta untuk pelaksanaan program kadar air tidak terhasil (NRW) bagi tujuan penggantian meter sistem isipadu input (SIV), meter pengguna, pembaikan/penggantian tangki yang bocor, pemetaan GIS dan penubuhan pasukan pemantau NRW. Kerja-kerja ini dijangka bermula pada Mei 2019.

 

Tuan Yang Dipertua,

3. Kementerian melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) juga akan memberi fokus kepada pelaksanaan pengurusan permintaan air (Water Demand Management) bertujuan, antara lain, bagi mempromosikan penggunaan air secara berhemah. Inisiatif ini melibatkan penggunaan produk cekap air secara mandatori, penggalakan penggunaan label produk cekap air melalui pelabelan dan menjalankan kempen kesedaran.

4. Melalui pelaksanaan Mekanisme Penetapan Tarif (Tariff Setting Mechanism – TSM), kedudukan kewangan Syarikat Air Perlis akan dapat dipulihkan secara berperingkat bagi membolehkan rakyat Perlis menikmati bekalan air yang terjamin bagi kegunaan pengguna domestik dan bukan domestik.

 

Sekian, terima kasih.


Attachments