Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Air

Nombor Soalan

413

Soalan

​PERTANYAAN:BERTULIS

DARIPADA:TUAN SHAHARIZUKIRNAIN BIN ABD. KADIR

SOALAN NO. 413

Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [ Setiu ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan status terkini dalam menyelesaikan kecetekan Muara Sungai Merang dan adakah Kementerian bercadang untuk memasukkan projek pembinaan "break water" dalam RP5 untuk RMK11.​


Jawapan

​NO SOALAN: 413

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Bagi isu pemendapan di Muara Sungai Merang, untuk langkah jangka panjang, kajian lebih lanjut perlu dilaksanakan bagi menentukan struktur yang sesuai untuk kawalan pemendapan di muara sungai berkenaan. Bagi langkah jangka pendek pula, pihak Kerajaan Negeri melalui JPS Negeri Terengganu melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan pengorekan dari semasa ke semasa. Permohonan peruntukan bagi pelaksanaan kajian dan projek fizikal akan dipohon dalam Rolling Plan-4 (2020) RMKe-11.

Sekian, terima kasih


Attachments