Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Air

Nombor Soalan

470

Soalan

​PERTANYAAN : BERTULIS

DARIPADA : TUAN HAJI WAN HASSAN BIN MOHD RAMLI [ DUNGUN ]

SOALAN NO. 470

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan status projek mendalamkan dan benteng pemecah ombak di Muara Sungai Dungun.


Jawapan

​​NO SOALAN: 470

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kerja-kerja mendalamkan Muara Sungai Dungun sedang dilaksanakan oleh syarikat yang mendapat kelulusan daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Terengganu.

Kajian Pemuliharaan Muara Sungai Dungun, Terengganu telah siap dilaksanakan pada tahun 2010 dan struktur pemecah ombak dicadangkan bagi mengatasi masalah muara yang cetek dan terdedah kepada laut China Selatan. Permohonan peruntukan akan dipohon dalam Rolling Plan 4 (2020) RMKe-11.

Sekian, terima kasih


Attachments