Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Tanah

Nombor Soalan

492

Soalan

​PERTANYAAN : BERTULIS

DARIPADA : YB TUAN WONG CHEN [SUBANG]

SOALAN NO. 492

Minta Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli menyatakan berhubung isu pelanjutan aktiviti perlombongan bauksit di Pahang:

(i) Adakah kementerian berkuasa atas isu ini; dan

 

(ii) Sekiranya ya, kemukakan bukti perubahan dan pemulihan alam sekitar untuk menjustifikasikan pelanjutan ini. 


Jawapan

​​SOALAN NO. 492

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) dipertanggungjawab untuk membangun dan mengawal selia industri perlombongan di Malaysia.

Bagi menangani masalah perlombongan yang tidak terkawal, Arahan Pemberhentian Operasi telah dikeluarkan pada 14 Januari 2016 di bawah Akta Pembangunan Mineral 1994 terhadap perlombongan dan sebarang aktiviti berkaitan bauksit di negeri Pahang. Manakala pengenaan moratorium yang telah bermula pada 15 Januari 2016 telah dikeluarkan bagi membolehkan tindakan menyemak semula semua peraturan / prosedur / garis panduan yang berkaitan dengan aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit dijalankan bagi tujuan penambahbaikan.

Oleh itu, pihak KATS merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk menamatkan arahan moratorium yang telah dikeluarkan terhadap industri perlombongan bauksit di Pahang.

Bagi memenuhi tujuan ini, satu dokumen SOP Perlombongan dan Pengeksportan Bauksit telah dirangka sebagai panduan kepada penggiat industri dan juga pihak-pihak berkuasa. SOP ini akan mengenakan syarat-syarat yang ketat merangkumi seluruh rantaian aktiviti perlombongan bermula dari Permohonan Pajakan Melombong atau Lesen Melombong Tuan Punya yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri,

Pengurusan Tapak Melombong, Pengangkutan Keluar sehinggalah Pengurusan Stockpile di pelabuhan demi memelihara kemampanan industri perlombongan dan kesejahteraan penduduk serta perlindungan alam sekitar.

Bagi tindakan pemulihan alam sekitar, KATS telahpun menyediakan satu garis panduan bertajuk Mine and Quarry Rehabilitation berkaitan industri perlombongan dan pengkuarian.

Sekian, terima kasih.


Attachments