Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

01 July 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

3

Soalan

DATO' SRI MUSTAPA BIN MOHAMED [ Jeli ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan keluasan tanah yang telah diteroka untuk pembalakan bagi tahun 2017 dan 2018 secara berlesen dan haram. Sejauh manakah pembalakan yang berlesen dan haram telah menjejaskan keadaan alam sekitar.

Jawapan

​​​YBM JAWAB

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, secara umumnya terdapat dua (2) kategori pelesenan pembalakan di negara ini iaitu pembalakan dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) dan pembalakan di luar HSK iaitu di Tanah Kerajaan (TK) dan Tanah Berimilik (TM). Bagi aktiviti pembalakan dalam HSK, ianya hanya dilaksanakan dalam kawasan yang dikelaskan sebagai Hutan Pengeluaran dan tebangan dilakukan secara terkawal melalui amalan Sistem Pengurusan Memilih (Selective Management System). Bagi Tanah Kerajaan (TK) dan Tanah Berimilik (TM), pelesenan pembalakan dilakukan untuk tujuan pembangunan tanah dan lazimnya dilakukan secara tebang habis.

Kawasan yang telah dilesenkan dalam HSK oleh Jabatan Perhutanan Negeri pada tahun 2017 dan 2018 masing-masing adalah seluas 35,264 ha dan 34,833 ha. Bagi kawasan luar HSK iaitu di TK dan TM, Jabatan Perhutanan Negeri juga telah melesenkan kawasan seluas 10,627 ha pada tahun 2017 dan 36,720 ha kawasan bagi tahun 2018.
Aktiviti pembalakan haram dalam HSK bagi tahun 2017 dan 2018 adalah masing-masing seluas 269 hektar dan 110 hektar telah direkodkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) di mana jumlah ini adalah kurang daripada satu (1) peratus daripada keluasan HSK di Semenanjung Malaysia.

Lazimnya, aktiviti pembalakan haram yang dikesan melibatkan tebangan pokok-pokok yang terpilih yang berpasaran tinggi dan
bilangan yang sedikit dalam satu-satu kawasan. Oleh yang demikian, kesan kepada alam sekitar secara amnya juga adalah minimum.Keadaan ini berbeza dengan pembalakan di TK dan TM samada berlesen atau tidak berlesen apabila melibatkan tebangan habis. Walaubagaimanapun, pelesenan pembalakan secara sah di TK dan TM adalah tertakluk kepada keperluan Penilaian Impak Alam Sekitar (Environmental Impact Assesment - EIA) sebelum aktiviti pembalakan dilakukan.

Sekian, terima kasih.​


Attachments