Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

01 July 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

99

Soalan

Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan secara terperinci perkembangan pewartaan Hutan Simpan Ulu Muda. Apakah tindakan susulan yang telah diambil lanjutan daripada pengumuman persetujuan Kerajaan Negeri Kedah berhubung perkara berkaitan

Jawapan

​​​

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, keseluruhan keluasan Hutan Simpan Ulu Muda seluas 106,418 hektar telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK) di bawah Seksyen 7 Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] oleh Pihak Berkuasa Negeri pada 2018 melalui Warta Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman No. 341 bertarikh 10 Mei 2018. Daripada jumlah tersebut, seluas 17,025 hektar telah diwartakan sebagai Hutan Tadahan Air dibawah Seksyen 10(1) dalam akta yang sama.

Sekian, terima kasih.​


Attachments