Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

01 July 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Air

Nombor Soalan

101

Soalan

Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sebab fasa 3 projek Tebatan Banjir Sibu yang harus melibatkan pembinaan pam air PS6 dan projek tebatan banjir sekitarnya sudah dipindah ke fasa 4. Dan Fasa 3 sekarang melibatkan pembinaan pam air PS7 dan PS8 dan projek sekitarnya yang dianggap tidak begitu penting buat masa sekarang. Ia telah dianggap sebagai satu keputusan politik yang melibatkan Kerajaan terdahulu, adakah tender terbuka telah dijalankan untuk melantik kontraktor.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,
Berdasarkan Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Sibu yang telah dilaksanakan, anggaran kos keseluruhan bagi mengatasi masalah banjir di kawasan Sibu adalah RM676 juta di mana ianya dicadang dilaksanakan secara berfasa iaitu sebanyak 4 fasa. Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sibu Fasa 1 dan Fasa 2 telah siap dilaksanakan di bawah RMKe-9 dan RMKe-10 dengan kos keseluruhan RM215 juta.

Mengikut perancangan asal, skop Fasa 3 akan melibatkan pembinaan rumah pam 6 dan dan komponen tebatan banjir yang berkaitan manakal Fasa 4 melibatkan skop pembinaan rumah pam 7 dan 8 berserta komponen tebatan banjir yang berkaitan.

Walau bagaimanapun, peruntukan yang diluluskan bagi Fasa 3 adalah hanya sebanyak RM100 juta dan jumlah ini adalah tidak mencukupi bagi fasa tersebut. Sehubungan itu, hasil daripada bengkel Value Engineering (VE) Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sibu yang telah dilaksanakan pada 16 Mei hingga 19 Mei 2017, komponen-komponen Fasa 4 dicadang untuk dilaksanakan terlebih dahulu bersesuaian dengan siling yang diterima (RM100 juta) dengan dinamakan semula sebagai Fasa 3. Outcome bagi pelaksanaan Fasa 3 ini akan mengurangkan kedalaman air banjir sebanyak 0.5m berbanding 0.3m di jajaran asal.

Bagi komponen asal Fasa 3 (pam 6 dan komponen tebatan banjir), projek tersebut akan dimohon dalam RMKe-12 dengan dinamakan sebagai Fasa 4. Kedua-dua Fasa 3 dan Fasa 4 adalah penting dalam memastikan keseluruhan kawasan Bandar Sibu dilindungi daripada banjir.

Status terkini RTB Sibu Fasa 3 yang dilaksanakan secara reka dan bina telah bermula pada 7 Mei 2019 dan dijangka siap pada 6 Mac 2022. Kontraktor bagi pelaksanaan kerja-kerja ini dilantik secara lantikan terus. Pelaksanaan kerja-kerja fizikal di tapak adalah sebanyak 10% di mana kerja-kerja awalan sedang dilaksanakan.

Sekian, terima kasih.​

Attachments