Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

01 July 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Air

Nombor Soalan

103

Soalan

Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan senarai projek-projek tebatan banjir yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan sejak Mei 2018 sehingga kini kepada Pulau Pinang. Nyatakan juga kos serta perincinan perkembangan terkini pelaksanaannya.​

Jawapan

​​

Tuan Yang di-Pertua,

Bagi tahun 2018, projek-projek yang telah diluluskan adalah ;

1) Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Teluk Kumbar, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang dengan siling kos projek sebanyak RM10 juta.

2) Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Teluk Bahang, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang dengan siling kos projek sebanyak RM8 juta.

3) Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Pondok Upeh / Sungai Burong, Pulau Pinang dengan siling kos projek sebanyak RM10 juta.

Bagi tahun 2019 pula, projek yang telah diluluskan adalah:

1) Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kechil, Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang dengan siling kos projek sebanyak RM16.5 juta.
Sebelum tahun 2018, projek sedia ada yang telah diluluskan adalah Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lembangan Sungai Pinang siling kos projek sebanyak RM150 juta.
Status pelaksanaan projek-projek berkenaan adalah sebagaimana berikut;
Bil
Projek
Status
1)
RTB Teluk Kumbar, Daerah Barat Daya
-
Surat Setuju Terima (SST) bertarikh 30 Mei 2019 telah dikeluarkan kepada kontraktor yang berjaya iaitu Mywa Synergy Sdn Bhd. Tarikh milik tapak adalah pada 17 Jun 2019. Tempoh pembinaan adalah selama 24 bulan bermula 17 Jun 2019 sehingga 16 Jun 2021.
2)
RTB Teluk Bahang, Daerah Barat Daya
-
Dalam proses prosedur bagi pelantikan perunding.
3)
RTB Pondok Upeh / Sungai Burong
-
Dalam proses prosedur bagi pelantikan perunding.
4)
RTB Sungai Kechil, Daerah Seberang Perai Selatan
-
Dalam proses prosedur bagi pelantikan perunding.
5)
RTB Lembangan Sungai Pinang
-
Kerja-kerja rekabentuk terperinci sedang dilaksanakan.

Sekian, terima kasih​


Attachments