Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

01 July 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

112

Soalan

TUAN SABRI BIN AZIT (JERAI) Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah Kementerian berhasrat menubuhkan unit pemantauan bagi keceriaan dan kebersihan Geopark Jerai yang telah diwartakan sebagai Geopark Negara.

Jawapan

Tuan yang di-Pertua

1. Geopark Jerai secara rasmi dimasyhurkan sebagai Geopark Kebangsaan pada 24 November 2018, sempena Istiadat Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Ke-29. Geopark Jerai berkeluasan 800 kilometer persegi merangkumi dua daerah, iaitu Yan, di bawah pentadbiran Majlis Daerah Yan dan Kuala Muda, di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Sungai Petani.

2. Setelah dimasyhurkan sebagai Geopark Kebangsaan, Geopark Jerai ini berada dalam bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri Kedah. Ini termasuk hal-hal berkaitan dengan pengurusan Geopark Jerai itu sendiri merangkumi aspek pemantauan bagi keceriaan dan kebersihan Geopark Jerai, sebagaimana yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Jerai.

3. Pada masa ini, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) Kedah bersama Majlis Daerah Yan serta Majlis Perbandaran Sungai Petani merupakan ahli di dalam Jawatankuasa Pembangunan Geopark Jerai. Manakala Kementerian ini, melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang terlibat sebagai ahli di dalam Jawatankuasa Pemuliharaan dan Saintifik Geopark Jerai.

4. Kementerian ini telah dimaklumkan oleh Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) Kedah bahawa kertas cadangan bagi penubuhan Jawatankuasa Geopark Jerai telah disiapkan pada
bulan Mei 2019 yang lalu dan sedang menunggu untuk diangkat ke Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Kedah​


Attachments