Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) sentiasa komited dalam usaha konservasi hidupan liar di Semenanjung Malaysia dengan melaksanakan usaha-usaha berikut:
(i) Menguruskan kawasan perlindungan seperti:
1) Taman Negara Pahang;
2) Taman Negara Terengganu;
3) Taman Negara Kelantan;
4) Taman Negara Pulau Pinang; dan
5) rezab-rezab hidupan liar yang lain; supaya hidupan liar dapat berkeliaran bebas (roaming) dalam kawasan habitat semula jadi.
(ii) Meminda Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] bagi mengenakan hukuman yang lebih berat untuk:
1) kesalahan menceroboh kawasan-kawasan rizab;
2) kezaliman terhadap hidupan liar;
3) hukuman berat terhadap orang yang membuat aktiviti pengiklanan atau perdagangan hidupan liar secara atas talian (online); dan
4) Wildlife Impact Assessment (WIA) bagi aktiviti pembangunan yang ditetapkan.
(iii) Melaksanakan program penguatkuasaan seperti Ops Belang dan Ops Khazanah secara berterusan bagi membanteras pencerobohan dan pemburuan haram hidupan liar;
(iv) Melaksanakan Pelan Tindakan Konservasi Spesies-Spesies Hidupan Liar Terancam seperti:
1) Pelan Konservasi Gajah Kebangsaan 2013-2022 (NECAP); dan
2) Pelan Tindakan Pemuliharaan Harimau Kebangsaan 2008-2020 (NTCAP).
(v) Menjalankan program konservasi hidupan liar secara ex-situ:
- iaitu melalui pembiakan di dalam kurungan untuk menyedia serta menambahkan hidupan liar bagi program pelepasan semula ke habitat semula jadi;
(vi) Membangunkan Pusat Konservasi Harimau Kebangsaan (NTCC) seluar 80 hektar di Lanchang, Pahang bagi tujuan meliarkan semula (rewilding) harimau sebelum pelepasan di hutan-hutan terpilih;
(vii) Bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Johor untuk membangunkan Pusat Pentadbiran Santuari Gajah Johor (Johor Elephant Sanctuary) yang mempunyai keluasan padang ragut gajah seluas 72.9 hektar dan 466 hektar;
dan
(viii) Melaksanakan program Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA: Communication, Education and Public Awareness) secara berterusan seperti Program Pendidikan Biodiversiti, pameran, ceramah dan program bersama masyarakat setempat, pelajar sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi dan orang awam.
Tuan Yang di-Pertua,
Bagi baka badak Sumatera, antara faktor yang menyumbang kepada kepupusannya adalah seperti berikut:
(i) Pemburuan haram berikutan nilainya yang tinggi di pasaran Asia dan Timur Tengah;
(ii) Kehilangan dan gangguan habitat akibat pembangunan;
(iii) Fragmantasi populasi akibat penumpuan sektor perladangan dan pertanian; dan
(iv) Populasi yang kecil sejak sekian lama.
Antara usaha-usaha yang dilaksanakan Kerajaan bagi menghalang berlakunya kepupusan spesies Badak Sumatera ini adalah seperti berikut:
(i) Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk menjalankan dan meningkatkan usaha-usaha konservasi spesies-spesies hidupan liar yang terancam;
(ii) Penggunaan Teknologi Reproduktif Termaju (Advanced Reproductive Technology - ART) sebagai kaedah untuk menghalang kepupusan Badak Sumatera (Dicerorhinus sumatrensis) dan spesies-spesies hidupan liar lain yang mengalami ancaman kepupusan pada ketika ini; dan
(iii) Kerjasama antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Indonesia dalam menjalankan usaha-usaha konservasi Badak Sumatera.
Sekian, terima kasih.