Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

04 July 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Air

Nombor Soalan

20

Soalan

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan bilakah projek tebatan banjir di Rantau Panjang akan bermula dan apakah langkah persediaan menghadapi limpahan air banjir kesan daripada siapnya projek tebatan banjir di sebelah negara Thailand.

Jawapan

​​

Tuan Yang di-Pertua,

i) Kerajaan telah meluluskan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok (KESBAN) Fasa 1 untuk dilaksanakan oleh Kementerian Air, Tanah dan Sumber Air (KATS) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) dengan siling kos projek sebanyak RM300 Juta. Projek PLSB Sungai Golok (KESBAN) Fasa 1 ini telah bermula pada 23 April 2018 dan dijangka siap pada tahun 2022 yang melibatkan Jajahan Tumpat dan Jajahan Pasir Mas. Pelaksanaan kerja-kerja di tapak adalah sebanyak 6% di mana kerja-kerja pembinaan gate di Kuala Jambu sedang dilaksanakan.


ii) Bagi kawasan Rantau Panjang, pelaksanaan projek dijangka akan dilaksanakan dalam fasa PLSB Sungai Golok yang seterusnya (Fasa 2 / Fasa 3) sekiranya diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) dan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13).

iii) Kawasan Rantau Panjang tidak dapat dilaksanakan di dalam Fasa 1 disebabkan oleh kekangan peruntukan yang diluluskan serta keutamaan untuk mengatasi masalah banjir di kawasan Tumpat dan Pasir Mas.

iv) Langkah persediaan bagi menghadapi limpahan air sungai adalah dengan memberi lebih perhatian terhadap pemantauan aras air sungai supaya amaran banjir dapat diberikan lebih awal bagi mengurangkan kerosakan dan kerugian akibat daripada kejadian banjir kepada penduduk.

Sekian, terima kasih.​


Attachments