Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

04 July 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Air

Nombor Soalan

92

Soalan

Puan Noorita binti Sual [ Tenom ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah tindakan pihak Kementerian dalam menangani hakisan tebing sungai yang berlaku berdekatan Kg. Amboi di laluan utama jalan raya penduduk dari Kemabong ke Pekan Tenom dan hakisan tebing Sungai Pegalan di Pusat Kebudayaan Murut Sabah di kawasan Parlimen Tenom.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman, kerja-kerja penyelenggaraan sungai adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, di bawah Program Pemuliharaan Sungai Untuk Mengurangkan Risiko Banjir Pelbagai Negeri, Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS) membantu Kerajaan Negeri dengan menyalurkan peruntukan melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Negeri bagi melaksanakan kerja-kerja yang berkaitan dengan isu hakisan tebing sungai, pembersihan serta mendalamkan saliran/ sungai.

Bagi tahun 2018, peruntukan sebanyak RM20.6juta telah diagihkan ke seluruh Negeri Sabah melalui JPS Negeri Sabah. Bagi tahun 2019 pula, sebanyak RM6juta telah disalurkan kepada Negeri Sabah.

Skop kerja yang terlibat di bawah program tersebut adalah kerja pengorekan sungai, muara sungai, pembinaan struktur hakisan tebing sungai, mambuang kelodak, sampah, sisa pepejal, pemotongan rumput, menaik taraf dan menyelenggara aset/ struktur kawalan banjir yang bertujuan mengurangkan risiko banjir.

Sekian, terima kasih​


Attachments