Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

04 July 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

100

Soalan

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan untuk mendapatkan maklumat tentang penerokaan hutan yang berlaku secara sah dan tidak sah seperti yang berlaku di Gua Musang (Kelantan), Cameron Highlands, Lipis, Jerantut dan Bentong (Pahang) serta di negeri-negeri lain seperti di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor. Apakah kerajaan bercadang untuk melibatkan kerajaan negeri lain kerana telah melanggar syarat terutama gagal mengikuti arahan Jabatan Alam Sekitar?.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

i) Secara umumnya terdapat dua (2) kategori lesen pembalakan di negara ini iaitu:

1) pembalakan dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK); dan

2) pembalakan di luar HSK iaitu di dalam Tanah Kerajaan dan Tanah Berimilik.

ii) Pembalakan dalam HSK hanya dilaksanakan dalam kawasan yang telah dikelaskan sebagai Hutan Pengeluaran dan tebangan dilakukan secara terkawal melalui amalan Sistem Pengurusan Memilih (Selective Management System – SMS).

iii) Bagi Tanah Kerajaan dan Tanah Berimilik, pembalakan dikeluarkan untuk tujuan pembangunan tanah.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga,

iv) Jabatan Perhutanan Negeri telah melesenkan kawasan HSK seluas 36,572 hektar bagi tahun 2016, 35,264 hektar bagi tahun 2017 dan 34,833 hektar pada tahun 2018 untuk tujuan pembalakan.

Sekian, terima kasih



Attachments