Tuan Yang di-Pertua,
Program Pemuliharaan Sungai Untuk Mengurangkan Risiko Banjir Pelbagai Negeri, Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS) memberi perhatian secara khusus mengenai isu hakisan tebing sungai, pembersihan serta mendalamkan saliran/sungai. Di bawah program ini, KATS membantu Kerajaan Negeri dengan menyalurkan peruntukan di seluruh Negara termasuklah di Sabah. Bagi tahun 2018, peruntukan sebanyak RM20.6 juta telah diagihkan ke seluruh Negeri Sabah melalui JPS Negeri Sabah. Bagi tahun 2019 pula, sebanyak RM6 juta telah disalurkan kepada Negeri Sabah.
Skop kerja yang terlibat di bawah program tersebut adalah kerja pengorekan sungai, muara sungai, pembinaan struktur hakisan tebing sungai, membuang kelodak, sampah, sisa pepejal, pemotongan rumput, menaik taraf dan menyelenggara aset/ struktur kawalan banjir yang bertujuan mengurangkan risiko banjir.
Walaubagaimanapun, buat masa ini, tiada projek yang diluluskan bagi cadangan menaik taraf Sungai Memanjang dan Sungai Gum-gum memandangkan projek mengurangkan risiko banjir akan dilaksanakan mengikut keutamaan namun cadangan menaik taraf Sungai Memanjang dan Sungai Gum-gum ini akan dipertimbangkan pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih