Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

04 July 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Tanah

Nombor Soalan

105

Soalan

Tuan Wong Hon Wai [ Bukit Bendera ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah usaha yang dibuat untuk pembaharuan undang-undang terhadap Akta Hakmilik Strata atau Kanun Tanah Negara supaya pembaharuan bandar (Urban Renewal) boleh dibuat ke atas flat-flat yang sudah usang yang melebihi 40 tahun.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

i) Kementerian ini melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan telah melaksanakan kajian untuk meminda Akta Hakmilik Strata 1985 (AHS). Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kaedah terbaik dalam melaksanakan pembangunan semula skim strata melalui ketetapan majoriti pemilik-pemilik petak berdasarkan peratusan yang ditetapkan setelah mengambil kira faktor usia dan keadaan bangunan.

ii) Kajian ini merupakan salah satu inisiatif bagi menyokong pembangunan semula bandar secara amnya memandangkan tiada peruntukan berkaitan pembangunan semula ditetapkan di dalam perundangan strata sedia ada.

iii) Susulan itu, Jemaah Menteri pada 12 Jun 2019 telah bersetuju secara dasar supaya AHS dipinda bagi memudah cara pelaksanaan pembangunan semula skim strata. Cadangan ini seterusnya akan diangkat kepada Majlis Tanah Negara (MTN) untuk mendapatkan persetujuan dasar MTN bagi membolehkan pindaan tersebut dilaksanakan.

iv) Kementerian ini seterusnya akan merangka draf Rang Undang-Undang pindaan AHS setelah kelulusan dasar MTN diterima.

Sekian, terima kasih.​

Attachments