Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

10 July 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Biodiversiti

Nombor Soalan

3

Soalan

​​YBM JAWAB​

DATO' DR. HAJI NOOR AZMI BIN GHAZALI [ Bagan Serai ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan dalam usaha memulihara isu hidupan liar di Malaysia, kita ada “Malaysian Elephants Action Plan”, “Malaysian Tiger Action Plan”, “Malaysian Orang Utan Action Plan” dan lain-lainnya. Sejauh manakah plan tindakan ini dilaksanakan dan meyakinkan kejayaannya.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Perlindungan spesies terancam merupakan salah satu daripada sasaran Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2016-2025 (DKBK). Bagi tujuan tersebut, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) telah mewujudkan beberapa pelan tindakan untuk melindungi spesies-spesies terancam seperti National Tiger Conservation Action Plan (NTCAP) dan National Elephant Conservation Plan (NECAP). Di samping itu, Jabatan PERHILITAN juga sedang menyediakan pelan Malayan Tapir Conservation Action Plan (MATCAP) untuk konservasi spesies Tapir di Semenanjung Malaysia.

KATS melalui Jabatan PERHILITAN juga telah menyediakan Red List Mamalia Semenanjung Malaysia (Red List of Mammals for Peninsular Malaysia) yang telah diadaptasi dari International Union for Conservation of Nature (IUCN) Red List of Threatened Species. Red List Mamalia Semenanjung Malaysia memberikan pengelasan kepada 222 spesies di Semenanjung Malaysia kepada Extinct (EX), Critically Endangered (CR), Endangered (EN), Vulnerable (VN), Near Threatened (NT) dan Least Concern (LC). Data-data tersebut dikumpul dan dianalisa melalui maklumat yang diperoleh daripada penyelidik-penyelidik, agensi-agensi dan badan bukan kerajaan. Pengelasan tersebut membolehkan Jabatan PERHILITAN untuk memberikan penekanan yang khusus kepada spesies-spesies yang dikenal pasti menghampiri pengelasan pupus (Extinct-EX).

Kementerian ini melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) juga mengambil inisiatif untuk melaksanakan Central Forest Spine (CFS) dan Inisiatif Heart of Borneo bagi menghubungkan kawasan hutan terputus (fragmented forests) untuk memastikan habitat hidupan liar terpelihara. Pencapaian fizikal utama yang dapat dilihat melalui pelaksanaan CFS adalah pembinaan viaduct dan menara tinjau di Gerik, Perak. Selain itu, sejumlah RM 9.4 juta telah diperuntukkan kepada Jabatan PERHILITAN dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) bagi menjalankan kajian di lapangan berkaitan hidupan liar yang wujud dan perlu dilindungi.

Sekian, terima kasih.​


Attachments