Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

10 July 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

93

Soalan

DATO' HAJI MOHD FASIAH BIN HAJI MOHD FAKEH minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah punca gangguan bekalan air di negeri Selangor dan nyatakan apakah langkah dan strategi Kementerian bagi membendung masalah gangguan bekalan air berskala besar di negeri Selangor di masa hadapan.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Gangguan bekalan air boleh berlaku atas sebab-sebab berikut:

i. Pengurangan atau pemberhentian bekalan air tanpa dirancang yang disebabkan oleh faktor di luar kawalan operator air seperti pencemaran bau di Sungai Semenyih yang menjadi sumber air mentah Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan kejadian paip pecah di tapak Projek Pembinaan Lebuh Raya West Coast Expressway (WCE) Banting – Taiping di Klang; dan
ii. Pengurangan atau pemberhentian bekalan air yang dilakukan secara dirancang oleh operator air bagi menjalankan kerja-kerja penyenggaraan dan pembaikan atau pengubahan sistem bekalan air.

Tuan Yang di-Pertua,

2. Antara langkah-langkah yang diambil bagi mengelakkan berlakunya gangguan bekalan air termasuk:

i. pembinaan dua (2) buah loji rawatan air (LRA) baharu iaitu LRA Semenyih 2 (100 JLH) dan LRA Labohan Dagang (200 JLH) di Daerah Kuala Langat yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor. LRA Semenyih 2 telahpun beroperasi sejak bulan Mac 2019 manakala LRA Labohan Dagang telah siap dan telah dirasmikan pada 25 Jun 2019;

ii. pembinaan LRA Langat 2 dan sistem agihan sedang giat dilaksanakan. Loji tersebut dijangka akan membekalkan bekalan air sebanyak 325 JLH pada sukuan ketiga tahun 2019;

iii. penyediaan tangki-tangki perkhidmatan bagi memastikan bekalan air bersih tidak berkurangan ketika berlakunya gangguan bekalan air;

iv. pelaksanaan Program Pengurangan NRW Kebangsaan (2008 – 2020); dan

v. pengurusan permintaan air (Water Demand Management) seperti berikut:

a. Penggunaan produk cekap air secara mandatori;

b. Penggalakan penggunaan label produk cekap air melalui pelabelan;

c. Penguatkuasaan secara intensif bagi mencegah kecurian air; dan

d. Menjalankan kempen kesedaran pengguna.

Sekian, terima kasih.​


Attachments