Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

16 July 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Air

Nombor Soalan

9

Soalan

​Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan perkembangan projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Sarawak berjumlah RM150 juta yang akan dijalankan di kawasan Bandar Kuching untuk mengatasi masalah banjir kilat.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Sarawak telah diluluskan dengan dengan siling kos projek sebanyak RM150 juta dalam RMKe-11. Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) dalam proses lantikan perunding untuk rekabentuk terperinci secara tender terbuka. Perunding dijangka akan dilantik pada November 2019. Kerja-kerja pembinaan dijangka akan mula dilaksanakan pada tahun 2021.
Iklan perunding akan dikeluarkan pada 25 Julai 2019 dan kerja-kerja fizikal dijangka akan bermula pada Mac 2021 hingga Mac 2025.
.
Sekian, terima kasih.​


Attachments