Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

16 July 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Air

Nombor Soalan

12

Soalan


DATO' SRI HAJAH NANCY SHUKRI [ BATANG SADONG ]
TARIKH  Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan peruntukan dan status terkini pelaksanaan projek tebatan banjir di Sarawak.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Bagi mengatasi masalah banjir di Sarawak, sebanyak sembilan (9) projek utama tebatan banjir telah diluluskan dengan jumlah siling kos projek adalah sebanyak RM392.92 juta di mana peruntukan disalurkan dalam tempoh lima (5) tahun bergantung kepada keperluan aliran tunai sebenar. Bagi tahun 2019, peruntukan yang akan disalurkan bagi pelaksanaan projek-projek berkenaan adalah RM38.811 juta.
Peruntukan ini adalah anggaran keperluan aliran tunai projek bagi tahun 2019 yang antaranya merangkumi peruntukan bagi pelaksanaan kerja-kerja fizikal, pelantikan perunding reka bentuk terperinci, pelantikan perunding kerja ukur dan penyiasatan tanah serta tender kerja.

Sekian, terima kasih.​


Attachments