Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

16 July 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Air

Nombor Soalan

30

Soalan

​DATO' SRI DR. HAJI WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFARMinta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sama ada sudah Kementerian mengenalpasti perkampungan tepian pantai yang terkena air pasang dan ombak besar seluruh Sarawak. Kalau ya, berapa kos untuk membina benteng-benteng laut dan adakah sumber kewangan sudah dipohon dari Kerajaan.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Pada tahun 2018, Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) telah mengenalpasti kawasan-kawasan yang terlibat masalah limpahan air pasang besar di Negeri Sarawak dan peruntukan sebanyak RM350 juta telah dipohon dalam Rolling Plan 4 (2019) RMKe-11 untuk dilaksanakan pada tahun ini. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh kekangan peruntukan Kerajaan serta peruntukan diberikan keutamaan kepada projek-projek yang lebih kritikal, permohonan tidak diluluskan. Permohonan akan dipohon semula dalam RMKe-12.

Sekian, terima kasih.​


Attachments